Tidak rugi sesekali berbelanja untuk insan yang tersayang. Diri terasa dihargai dan kasih-sayang melimpah-ruah untuk insan yang tercinta.

Justeru itu, Nur Iman Chocolate menawarkan homemade coklat istimewa yang bermutu tinggi dengan harga yang sangat berpatutan yang amat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang, cenderahati sempena majlis pertunangan, pernikahan, cukur jambul, majlis makan malam, juga majlis kesyukuran. Juga sesuai dijadikan hantaran sempena hari pernikahan. Packaging yang disediakan juga terdiri dari pelbagai jenis kotak dengan harga yang berbeza.

Tuesday, December 7, 2010







Assalamu'alaikum...

Yang ini order dari sahabat zaman muda remaja, Rosnah di Sg Buloh. Sebenarnya order ni tarikh penghantarannya sama dengan order dari Che' Mus, tapi alhamdulillah, sempat disiapkan walaupun tak berani nak berjanji dengan Che' Rosnahnya...

100 boxes of 2 cavity chocolate. Untuk majlis kenduri kesyukuran anak terunanya yang baru berkhatan. Terima kasih daun keladi Che' Rosnah...he he he
Sedap betul lauk kenduri ari tu...siap tapau lagi...



gambar x berapa elok, cuma nak tunjuk packagingnya dari posisi tepi

Special Order for Menate Steakhouse

Salam Sejahtera,

Agak lama tidak mengupdate blog. Sibuk dengan kerja seharian, di office & di rumah. Baru-baru ni dapat tempahan dari Kak Noridah dari Shah Alam. 100 boxes of 4 cavity chocolates. Tapi lupa nak ambil gambar. Bagaimana pun terima kasih daun keladi ya kak....he he he. Chocolate tu, kata kak Noridah nak di bawa ke Johor sempena majlis harijadi anaknya yang berumur setahun. Semoga majlis berjalan dengan lancar.



Gambar di bawah ni pula, order dari Che' Mus dari Menate Steakhouse di Ampang, untuk display & dijual di restaurantnya. Alhamdulillah...100 boxes of 12 cavity chocolates. Terima kasih Che' Mus. Nanti bolehlah order lagi...he he he.

Bagi penggemar steak, bolehlah ke Menate Steakhouse, steak yang dihidangkan amat enak untuk dinikmati disamping kualitinya yang bermutu tinggi setanding dengan restaurant-restaurant yang ada sekarang seperti Victoria Station, The Ship dan lain-lain. Harganya berpatutan dan memang tidak rugi rasanya jika ke sana..paling penting, ianya halal dan minuman keras tidak dijual di sini. Dan lepas tu, boleh makan chocolate pula...ha ha ha.

Sebahagian dari 100 boxes yang telah disiapkan